Faedah & Kebaikan Energizing Soy Protein (ESP) Shaklee

https://plus.google.com/u/0/117289291561125500979/posts
Perbezaan Shaklee:

Shaklee merupakan syarikat pertama yang mencipta makanan tambahan protin berasaskan kacang soya. Hakikatnya, pengasingan protin yang pertama ini dicipta oleh Dr. Shaklee pada awal 70-an. Di mana, kini banyak ujian klinikal telah membuktikan bahawa Dr Shaklee telah lama mengetahui protin soya adalah faktor utama dalam penjagaan kesihatan yang unggul.

Energizing Soy Protein ini diiktiraf seluruh dunia dengan mempunyai kajian klinikal yang sangat ekstensif dan komprehensit serta memiliki kualiti protin yang tinggi yang pernah dihasilkan. Kacang soya yang digunakan oleh Shaklee hanya mengandungi “non-GMO" (non-Genetically Modified Organism) yang mana ia diproses pada kadar suhu yang rendah. Tambahan pula, setiap 850g (satu tin Energizing Soy Protein) dihasilkan daripada 30kg kacang soya dan memberikan sumber tenaga segera dan boleh bertahan lama.

Energizing Soy Protein dari Shaklee ini merupakan satu-satunya produk di dalam pasaran yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia. la turut diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral. Sangat sesuai untuk semua peringkat umur- tua dan muda. Manakala, kandungan Indeks Glisemik (C./.) yang rendah iaitu 39, menjadikan ia sangat sesuai juga kepada pengidap kencing manis.

Satu hidangan Shaklee ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, rendah lemak, tiada kolestrol, tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.

Tahukah Anda?

Indeks glisemik menempatkan kedudukan karbohidrat berdasarkan impaknya terhadap paras gula dalam darah. Karbohidrat yang memecah dengan cepat mempunyai indeks glisemik (G.I.) yang tertinggi manakala karbohidrat dengan G.I. yang rendah pula memecahkan gula dengan perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula dalam darah yang rendah amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan dalam jangkamasa panjang. Sesetengah protein soya diproses dengan alkohol. Cara pemprosesan ini bukan sahaja menghilangkan isoflavon yang bermanfaat, malah membentuk kontaminasi bersilang dengan bahan-bahan kimia yang digunakan dalam pemprosesan. Energizing Soy Protein dicuci dengan air untuk mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

ESP_boutiquevitamin
Manfaat Utama:

  • Awet Muda — Asid Amino penting untuk membina otot, kuku, rambut, darah, organ, kulit, gland dan lain-lain. Pengambilan yang kerap adalah kunci kepada awet muda.
  • Baik untuk Hormon — kacang soya adalah satu-satunya tumbuhan yang kaya dengan isoflavones, fungsinya bersamaan dengan hormon wanita. Ia membantu merendahkan paras kolestrol, mencegah risiko osteoporosis dan sakit jantung.
  • Baik Untuk Prostat  — Genistein yang terkandung dalam kacang soya terbukti keupayaannya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Ia memusnahkan radikal bebas di dalam sel badan sebelum ia menukarkan sel DNA kepada sel kanser. Ia juga sangat baik dalam pemulihan uterus, ovari, menopaus dan pembesaran prostat.
  • Kulit Remaja — Meransang pembentukan semula kulit dan otot, mengurangkan kedutan, agen anti-penuaan, mengembalikan radian kulit dan kepejalan otot, percepat sembuhan luka dan mengurangkan kesan parut.
  • Pembekal Tenaga — Membekal tenaga dengan segera dan meningkatkan sistem imun, maka ia baik untuk kekal bertenaga, mencegah migrain, imsomnia dan tekanan
  • Membaiki Pigmentasi — Membaiki masalah rambut seperti beruban dan rambut gugur, membaiki masalah pigmentasi, kedutan dan kesan tua.
  • Membaiki Memori — meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.
Kepentingan Protin

Protin adalah bahan utama dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta komponen utama kepada hormon manusia. la juga merangsang fungsi psikologi. Maka, setiap organ kita memerlukan protin. Kekurangan protin menyebabkan kelemahan dalam sistem imun untuk melawan penyakit, masalah lebihan air yang tinggi dalam badan, kehilangan kepejalan otot, perubahan warna rambut, bantut pertumbuhan, masalah penghadaman, masalah penghasilan darah dan hormon, dan akhirnya boleh membawa kepada kegagalan fungsi organ yang akhirnya boleh membawa kepada kematian.

Apa itu Asid Amino?

Protin terdiri lebih daripada 20 jenis asid amino yang setiap satunya akan menghasilkan jenis protin yang berbeza mengikut kepada keperluan protin dan enzim yang diperlukan oleh tubuh manusia

Terdapat asid amino tertentu yang dapat dihasilkan sendiri oleh tubuh manusia. Ini dikenali sebagai asid-amino tak perlu. Manakala asid amino yang tidak boleh dihasilkan oleh manusia dan harus diperolehi dari sumber pemakanan dikenali sebagai asid-amino perlu. Shaklee menyediakan kesemua asid-amino perlu tersebut,

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali Identity Preserved Program (IPP). Ia memastikan kacang soya bebas daripada pendedahan perubahan genetik, daripada benih sehingga kepada pengeluarannya.

Rekomendasi:

2-3 kali sehari, 2 sudu besar (perut kosong) (boleh campur dengan Meal Shakes dan Performance Drink)

Tips penyusuan

https://plus.google.com/u/0/117289291561125500979/posts

Ada yang merunggut......dah ambik set shaklee pun.....tp susu tak der jugak. Dan ader pulak usng kata...alhamdulillah la....sejak ambil esp dan alfafa ni, susu meriah la kak. Pelbagai tanggapan. Pelbagai kesan.

Bagi yang tidak berjaya, anda perlu usaha lebih. Macam spm juga kan. Ada orang baca sikit dah faham. Tapi ada orang, baca banyak pun tak faham juga.

So bagi yang dah ambik set menyusu tapi belum berjaya mendapatkan hasil, saya cadangkan agar
Buat power pumping.


Power Pumping


Apa itu Power Pumping?


  • Merupakan teknik mengepam yg boleh  membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup  mengepam yg biasa tapi dlm cara yg lebih unik. Ideanya adalah utk meniru  bayi menyusu secara tidak langsungmeningkatkan bekalan susu ibu.
Siapa yang perlukan Power Pumping?

  • Ibu yang ingin menyusukan anak angkat – teknik ini digunakan untuk rangsang penghasilan susu
  • Ibu yg ingin relaktasi/ menyusukan semula si anak setelah berhenti menyusukan
  • Ibu yg kekurangan susu, berusaha untuk memperbanyakan semula susu –  akibat drpd perubahan hormon, period, kurang mengepam etc.
Kaedahnya?


  • Untuk  Single pump / hand expression – pam sebelah kanan 10 minit, kemudian  kiri 10 minit, tukar semula ke kanan 10 minit dan seterusnya, setiap 10  minit berterusan selama sejam.
  • Untuk Double Pump – Pam  kedua-dua belah serentak selama 10 minit, rehat 10 minit, sambung lagi  pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam.
* Disarankan  buat power pumping ni sekali sehari, seelok-eloknyanya waktu malam ke subuh, pengeluaran hormon lebih tinggi pada tinggi waktu ni.
* Power  pump di hujung minggu Ada juga ibu yang fokus mengepam pada hujung  minggu dengan melakukan power pumping pada setiap sesi mengepam. Buat  selama 2 hari sepanjang weekend, dan kembali ke rutin biasa sekembalinya  bekerja (weekdays)
Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?
* Power  pumping perlukan masa sekurang-kurangnya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata-mata,teruskan misi  sehingga mendapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa  dan tawakal, insyaAllah dipermudahkanNya.

Tips umum mengepam

  • Bagi yang muslim, cuba tidur awal, bangun pagi untuk powerpumping.  Selain pumping, anda boleh mulakan pagi anda dengan solat  sunatterutamanya tahajjud dan kemudiannya teruskan dengan powerpumping.  Ketenangan hati & minda akan membuahkan hasil yang lebih :)
  • Jika anda mengambil galactagogues (milk booster), pam dalam jangka masa 45minit ke 1jam selepas pengambilannya
  • Letakkan gambar / blanket / bayi anda disebelah untuk mudah dilihat, Ini membantu ransangan
  • Tandem nursing. Biarkan bayi menyusu di sebelah, manakala sebelah lagi mengepam
  • Pam sebaik sahaja selesai menyusu. Kajian menunjukkan bayi tidak  menghisap 100% susu semasa menyusukan. Jadi, mengepam selepas menyusukan  membantu breast untuk dikosongkan dan menghasilkan lebih susu
  • Pum setiap 2-4jam sekali
  • Be kind to yourself : apa sahaja amaun yang diperolehi, bersyukurlah  & senyum. Jangan terlalu memaksa diri. Konsisten, pasti hasilnya  lebih baik :)
  • Sentiasa rekod amaun susu yang diperoleh  bagi setiap sesi/ hari supaya anda dapat monitor progress dan cuba  meningkatkan amaun dengan pelbagai strategi lain :)
Happy pumping!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...